Thursday, March 17, 2011

cintaku INDULGENCE...

terima kasih kerana INDULGENCE...

semalam...17/3/2011..akhirnya tahap kempunan aku nak menyantap kek indulgence secret recipe tertunai gak.. batu belah batu bertangkup sila luahkan aku balik..sebab aku tak kempunan lagi...

special thanx 2 my dior..belanja makan kek semalam..sory niat untuk belanja anda JOHNYS tak tertunai lagi...salahkan kerajaan..gaji lambat..segala2nya lembab!!!!!

sedap gila kek semalam..licin aku sebat..lagi sedap bila makan berduet..even diraut wajah dior kelihatan resah,gundah gulana,bermuram durja..hahaha..sabar ye..itulah namanya pengalaman alam pekerjaan..selagi kita di bawah..selagi itu birokrasi sentiasa berada disetiap sudut..selagi apa yang dilakukan dirasa betul dan perlu..teruskan..jangan memandang kebelakang atau jatuh kerana anasir-anasir tak penting tu...

okey tak rasa pun nak bercerita pasal part of his career..cuma nak say..saya kenyang makan 1 slide indulgence kek semalam dengan ice lemon tea...much2 thanx to my dior..nanti belanja lagi ye..miahahahaha
2 jam macam 2 saat jek..urmmmmm..>.<


Saturday, March 12, 2011

Amarah Wanita

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu
Dia yang menentu

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku


by>CTKD

Friday, March 11, 2011

belajar..

11/3/2011 @ 11:44pm

PENGALAMAN pengajaran terbaik dalam hidup..
pengalaman yang mengajar kita supaya belajar tentang sesuatu..
pahit..manis..masam..masin..kelat..tawarnya kehidupan..

segalanya berpaksikan pengajaran..iaitu..BELAJAR
belajarlah memilih sesuatu..
kerana apa yang dipilih akan menjadi suatu pilihan..

belajarlah menerima sesuatu..
kerana apa yang diterima akan menjadi suatu penerimaan..

belajarlah mencari sesuatu kepastian..
kerana terselit juga sekelumit kepahitan..

belajar mencari perbezaan..
kerana perbezaan tidak pernah sama dengan persamaan

belajar membuat perubahan..
kerana perubahan merubah segala yang berubah..

belajar meyakinkan diri..
kerana yakin menghasilkan keyakinan..

belajarlah........selagi boleh diajar......

~lagenda yg unik~

Thursday, March 10, 2011

hilang dalam samar

yang manis dulu kini tawar
yang indah dulu kini kabur
yang berkilau kini kusam
yang dekat kini jauh..

yang ada terus tiada
yang menanti terus pergi
yang melihat terus tidak menoleh
yang jatuh bangun tidak beralih lagi...

1 jiwa 1 impian
1 hati 1 cinta
1 destinasi 1 tujuan
1 janji 1 pasti..

hilang dalam samar
hilang tanpa arah
hilang dalam diam
yang pasti hilang hanya menuntut 1 erti...


post by : clara's lover

Monday, March 7, 2011

selamat pergi dan selamat kembali..

rasa berat melepaskan kau pergi..
bukan aku  takut berkongsi kasih..tapi hati terlalu berat untuk membiarkan hanya kau sendiri..
walau hakikatnya ramai mengelilingimu..

namun..kucekalkan hati..demi cita-citamu..
selamat tinggal..
semoga kau akan kembali..

jaga diri baik2..
semoga kau peroleh apa yang kau idamankan disana..
maafkan salah dan silapku..
halalkan semua yang pernah kau berikan dulu..
semoga masih ada lembaran yang akan menemukan kita..


by heart,
lagenda yang unik

Friday, March 4, 2011

janganlah dipaksa..

janganlah...
biarkan sahaja..
ikutkan sahaja..
selagi perasaan itu masih ada~

berkali-kali ia menguji..belum abis perihal ini..datang pula perihal itu..
ujian Tuhan buat hambaNya..

tapi sampai bila????
sampai masa akan tiba juga waktu itu..
Tuhan itu ada rencanaNya..