Friday, May 6, 2011

buat emak....

Ya Allah Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..Kau belikanlah kesihatan yang baik buat mereka..Kau jauhkanlah mereka dari azab seksaMu..tak terbalas rasanya segala pengorbanan mereka selama ini..hanya doa yang dapat mengiringi mereka agar sentiasa mereka dalam peliharaanMU..


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


sayang mak sangat-sangat...>>..HAJAH NORIZAM BINTI RAMLY

mak wif syaura
                                                       

Wednesday, May 4, 2011

terkorban

Setia Ku Korbankan 

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Setia ku korbankan

im needed!!!!!!

mood : tiada lagi....

aku dihalau...

mana aku nak pergi...

3 kali aku call...jawapan yang sama..

kalau dia baca..aku nak dia tau..aku sangat perlu kan dia saat dan ketika ini...

Monday, April 25, 2011

mcd..owh..mcd..

mood:im lovin it...hoyeayyyyyyy

bila dapat spend time together sesekali macam ni memang best..malam ni kebetulan aku terpaksa tidur rumah kawan aku..then amek la kesempatan dalam kesempatan untuk menemani si pria di MCD untuk menyiapkan kerja yang telah membuatkan mukanya berkerut 2,3 hari ni...(hahaha..macamla leh nampak..padahal dia cerita pun dalam fon..miahahaha)...

sory mydior..sy tak mampu nak membantu anda..sekadar peneman bolehla..chaiyok2..


okeyla..nak menikmati mc chicken...nyummyyyyyy

Tuesday, April 19, 2011

gaduh sana-sini...

mood : riang ria hari selasa..ngehngeh


gaduh..fight..masam muka..taknak cakap pape..moody..diam 1000 bahasa..finaly..gedeboommmmm..pecahhh segala yang terpendam!!!macam tu ke gaduh???


oke2...bukan niat nak jelaskan maksud bergaduh pun kat entry kali ni..juz nak kongsi perasaan bila bergaduh..tak kiralah dengan sape2..buah hati ke..opsssttt..dengan kawan2 ke..tidakkkkk..dengan adik beradik ke..air dicincang takkan putus...tak kisahlah dengan sape2 pun..janji namanya GADUHHHH..


pernah tak korang terfikir bila gaduh2..korang akan berbaik balik tanpa mohon maaf????pernah tak???aku pernah..bergaduh dengan anak buah..SYAURA..takde sape pun mohon maaf..tau2 baik sendiri..siap suruh aku bancuhkan susu lagi...padahal baru 5 minit gaduh gila2..sampai baling2 bear..tapi pandanglah dari posisi mana????kan budak kecik tu..tu gurau2 jela...


tapi macam mana pulak kalau gaduh dengan..emmm..ehemmm..ehemmm...ala senang cte..LALING..DIOR..BUAH HATI..pape jela yang korang panggil untuk seorang lelaki atau seorang perempuan yang sentiasa terpahat dalam hati selain ahli keluarga korang????selalunya sape yang mintak maaf dulu???hahaha..jeng..jeng..

tak kiralah kan..sape yang mohon maaf dulu..tapikan lebih baik kalau berbaik-baik..dalam islam pun dah bagitau..berdosa kalau kita tak bertegur sape dalam masa 3 hari..yang ini mak aku selalu ingatkan dulu...



tapi betul ke aku praktikkan???ayoyoyo...baru2 ni..aku gaduh dengan sidia..bukan gaduh kot..tapi perselisihan faham...(ayat cover)..dalam hati..memang taknak layan dia dah..lantak la..nak jadi apa..jadilah..aku tak kira..aku dah nekad...kesabaran aku kini berada dipuncak paling atas...die msg pun rs macam nak buat tak tau jek..taknak angkat die cal..taknak tgk die on9 kat fb..sume yang berkaitan dengan dia..sume nak letak bawah katil...bagi tikus2 tengok..padan muka..wahhhh..emo lak aku...huahuahua


tapi....tak sampai sehari pun...msg die tetap aku reply..cal die tetap aku pick up..fb die tetap aku tgk..huaaaaaaaaaaa..tak boleh lah!!!!!!!! 


mungkin disebabkan..rasa kemaafan dalam hati masih menebal..atau..mungkin memang die takde salah..cuma aku yang semakin tidak memahami kehendak persaan...so dengan rasa rendah diri aku mintak maaf..so tak sampai lah 3 hari kitorang gaduhkan????takde la dosa aku kan..kan..kan..kan???even niat dah ade..aku harap Tuhan ampunkan dosa2 aku dalam sedar atau tak terhadap manusia2 lain...amin...


huh...saja nak menconteng laman sesawang aku malam ni..boring takde apa nak buat..hahaha...hoho..hehehe..

TUHANKU..AKU TIDAK LAYAK..MASUK SYURGAMU..TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG API NERAKAMU...
OLEH ITU AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU..SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR..

Friday, April 8, 2011

dakapan mesra diangin lalu.....

mood:baru mencari-cari mood..


dah lama rasanya tak menyemak kat entry ni..niat dihati nak delete entry ni..rasa macam entry ni dah takde maknanya...rasanya macam menyesal pulak adakan entry ni..tapi bila dibelek2..entry ni jugak la tempat nak meluah..nak marah..nak nangis..nak majok..nak hepy2..nak share2..entry ni je yg sudi..hahahaha.>.<


emmm..tiba-tiba rindu masa dulu2..rindu hidup di uum..even sekarang rasa macam nak marah sangat2 kat uum..tapi rindu tetap ada..tak mungkin kerana sayang..cewahhh..rindu life kat sana..rindu masalah yang ada kat sana..rindu orang2 yang pernah ada sama2 susah n senang kat sana..pendek kata rindu hari2 yang dilalui kat UUM..rindu tradewinds..rindu muamalat..rindunya proton..paling rindu..Fakulti (CAS)...


tapi..tu sume dulu..eh bukan nak cerita pasal uum la..tapi...hihihi..
huh!!entahlah...lately..rasa macam hidup ni sunyi sangat..dah la sunyi masalah pulak datang dan pergi...bila rasa macam ni ada..masa ni la hati nak sangat ada orang yang tolong lenyapkan sume2 ni...tolongla..rasa macam nak merayu..nak bagitahu..nak cerita sume2..emmmm..tu sume dalam mimpi..yang nyata hanya Tuhan bersama tiap masa dan ketika..


entahla..emosi mengawal segalanya..dalam aku mencari sebuah pelayaran hidup..aku nak sangat ada bibir yang mula bersuara melaungkan kata semangat..ada mata yang sering tidak jemu merenung jauh setiap impian yang sama2 ingin dibina...ada tangan yang sudi dan tidak pernah jemu memapah aku untuk bangun demi sebuah matlamat..ada bahu yang sudi dipinjam agar aku dapat menumpang meringankan beban yang terpahat..paling tidak ada lagi sepasang telinga tanpa rasa bosan setiap masa dan ketika setia mendengar setiap bait2 kata-kata yang akan aku lontarkan..tapi..itu hanya dalam anganku..


namun aku bersyukur..masih ada insan yang tak pernah jemu melaung,merenung,memapah,menumpang dan mendengar setiap musibah yang menimpa aku..MAK dan AYAH..insan yang mulia..yang tak pernah tiada pada waktu dan ketika aku sangat memerlukan..terima kasih mak..terima kasih ayah..

**kini aku jatuh terhempas didada bumi,tiada siapa peduli,.aku terjerit sendiri..dan bila aku bangkit berdiri..aku pergi tanpa berpaling lagi..** 

~nanti kitakan tahu bertapa bijaknya hidup..sepahit apa pun kini..pelajaran yang bererti~

#semoga kepergianku..tak akan merubah apa pun#

Thursday, March 17, 2011

cintaku INDULGENCE...

terima kasih kerana INDULGENCE...

semalam...17/3/2011..akhirnya tahap kempunan aku nak menyantap kek indulgence secret recipe tertunai gak.. batu belah batu bertangkup sila luahkan aku balik..sebab aku tak kempunan lagi...

special thanx 2 my dior..belanja makan kek semalam..sory niat untuk belanja anda JOHNYS tak tertunai lagi...salahkan kerajaan..gaji lambat..segala2nya lembab!!!!!

sedap gila kek semalam..licin aku sebat..lagi sedap bila makan berduet..even diraut wajah dior kelihatan resah,gundah gulana,bermuram durja..hahaha..sabar ye..itulah namanya pengalaman alam pekerjaan..selagi kita di bawah..selagi itu birokrasi sentiasa berada disetiap sudut..selagi apa yang dilakukan dirasa betul dan perlu..teruskan..jangan memandang kebelakang atau jatuh kerana anasir-anasir tak penting tu...

okey tak rasa pun nak bercerita pasal part of his career..cuma nak say..saya kenyang makan 1 slide indulgence kek semalam dengan ice lemon tea...much2 thanx to my dior..nanti belanja lagi ye..miahahahaha
2 jam macam 2 saat jek..urmmmmm..>.<


Saturday, March 12, 2011

Amarah Wanita

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu
Dia yang menentu

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku


by>CTKD

Friday, March 11, 2011

belajar..

11/3/2011 @ 11:44pm

PENGALAMAN pengajaran terbaik dalam hidup..
pengalaman yang mengajar kita supaya belajar tentang sesuatu..
pahit..manis..masam..masin..kelat..tawarnya kehidupan..

segalanya berpaksikan pengajaran..iaitu..BELAJAR
belajarlah memilih sesuatu..
kerana apa yang dipilih akan menjadi suatu pilihan..

belajarlah menerima sesuatu..
kerana apa yang diterima akan menjadi suatu penerimaan..

belajarlah mencari sesuatu kepastian..
kerana terselit juga sekelumit kepahitan..

belajar mencari perbezaan..
kerana perbezaan tidak pernah sama dengan persamaan

belajar membuat perubahan..
kerana perubahan merubah segala yang berubah..

belajar meyakinkan diri..
kerana yakin menghasilkan keyakinan..

belajarlah........selagi boleh diajar......

~lagenda yg unik~

Thursday, March 10, 2011

hilang dalam samar

yang manis dulu kini tawar
yang indah dulu kini kabur
yang berkilau kini kusam
yang dekat kini jauh..

yang ada terus tiada
yang menanti terus pergi
yang melihat terus tidak menoleh
yang jatuh bangun tidak beralih lagi...

1 jiwa 1 impian
1 hati 1 cinta
1 destinasi 1 tujuan
1 janji 1 pasti..

hilang dalam samar
hilang tanpa arah
hilang dalam diam
yang pasti hilang hanya menuntut 1 erti...


post by : clara's lover

Monday, March 7, 2011

selamat pergi dan selamat kembali..

rasa berat melepaskan kau pergi..
bukan aku  takut berkongsi kasih..tapi hati terlalu berat untuk membiarkan hanya kau sendiri..
walau hakikatnya ramai mengelilingimu..

namun..kucekalkan hati..demi cita-citamu..
selamat tinggal..
semoga kau akan kembali..

jaga diri baik2..
semoga kau peroleh apa yang kau idamankan disana..
maafkan salah dan silapku..
halalkan semua yang pernah kau berikan dulu..
semoga masih ada lembaran yang akan menemukan kita..


by heart,
lagenda yang unik

Friday, March 4, 2011

janganlah dipaksa..

janganlah...
biarkan sahaja..
ikutkan sahaja..
selagi perasaan itu masih ada~

berkali-kali ia menguji..belum abis perihal ini..datang pula perihal itu..
ujian Tuhan buat hambaNya..

tapi sampai bila????
sampai masa akan tiba juga waktu itu..
Tuhan itu ada rencanaNya..

Sunday, February 27, 2011

SAYA CUMA...

laling kena jangkitan selesema..
oyen hilang entah ke mana berdesuppnya..(syaura main kot)

saya cuma...

awak sudah berubah..tidak seperti dahulu lagi..dimana hilangnya awak yang saya pernah kenali dahulu???
atau mungkin kerana saya sendiri yang berfikiran kolot..sehingga tidak boleh melihat awak dengan "orang2" lain..terutama sekaum dengan saya...mungkin awak sangka saya tidak dewasa menilai cara pergaulan awak.. mungkin awak sangka saya tidak "open" dalam menerima corak atau gaya komunikasi yang awak lemparkan awak..tidak..bukan itu yang saya maksudkan dalam setiap ungkapan persaan saya...saya cuma..

maafkan saya..
saya tak mampu menipu diri sendiri..tidak mampu menjadi sebaik-baik perempuan yang mampu menghadapi perasaan tanpa sekelumit rasa..saya pernah cuba tapi..segalanya menghadapi kegagalan..bukan menafikan hak awak sebagai khalifah di muka bumi dan hak-hak lain yang sudah tentunya milik awak..tapi saya cuma..

ingatkan saya jika saya terlalu keterlaluan..
mungkin belum tiba masanya saya untuk menahan keinginan serta kehendak naluri hati awak..ingat kan saya tentang itu..kadang-kadang saya hampir lupa serta ketandusan ingatan bahawa..tiada sebesar zarah pun hak saya untuk mengubah awak menjadi apa yang saya inginkan..saya cuma..

dahulu..
apa yang saya tahu tentang awak..tiada lagi kini..
apa yang ada pada awak..tiada lagi kini..
apa yang menjadi wajib bagi awak..tiada lagi kini..
apa yang awak nak..tiada lagi kini..
apa yang tidak suka bg awak..tiada lagi kini..
yang ada cuma...

kini..
awak punya sesuatu..saya tiada lagi..
awak berubah mengikut paksi sendiri..saya mengerti..
awak memandang sendiri..saya tetap memahami..
awak membelakangi..saya masih disini..
yang masih kekal cuma...

maafkan saya..
bukan niat untuk membawa awak kepada dahulu yang pernah kita sama2 rasai..
bukan niat saya untuk membawa awak kepada memori jatuh bangunnya kita menghadapi hari demi hari yang pernah kita lalui..
bukan niat saya untuk awak rasa saya hanya pentingkan diri..kerana tidak sedar bahawa awak punya haluan sendiri..
tapi saya cuma..

saya cuma..
saya cuma..
saya cuma..

selamat melewati "kisah kita" yang ke 4...3/3/2011
terima kasih kerana sudi menerima segala yang tiada sempurnanya pada diri saya..
terima kasih kerana masih memberi ruang..walau awak tahu saya punya 1001 kekurangan yang awak sendiri tidak pernah merelakan..
terima kasih..walau kita belum disatukan dengan ikatan seperti disyariatkan dalam islam..walau saya ingin awak yang menjadi pendamping hidup dunia dan akhirat saya..tetapi saya masih mengharap agar terima lah segala kekurangan,ketiadaan serta ketandusan diri saya dalam mengejar impian saya dahulu.."saya hanya akan rindu bakal suami saya..saya akan sayang lelaki yang bakal menjadikan saya tulang rusuknya..dan saya akan bercinta dengan bakal suami yang mencintai saya kerana Allah"...


kisahnya kita



                                                                                                                 
                                                                                            by heart,

                                                                                  ~ lagenda yang unik~

Tuesday, February 22, 2011

hepy big day!!!!yeayyyyyy

18/2/2010@12.48am
bulat oyen menemani..mana perginya laling??haha bawah katil..merajuk kot..biarkan dia berdikari!!

yihaaaaaaaaaaaa..finallyyyyyyy you got dear..you got..macam nak rasa bangga lak..leh tak???miahahahahaha
menumpang sekaki bangga..penantian 1 penyeksaan..akhirnya beliau berjaya gak menyarungkan jubah yang yang sangat bermakna disamping mak dan ayah beliau yang tercinta..tapi macam sedih la,ingat dapat konvo secara berduet..takde rezeki..mungkin Tuhan tak temukan kita di DEWAN MAS..tp mungkin Tuhan nak temukan kita di satu dewan yang lagi best dari DEWAN MAS tu..hehehehe..sory no sweet..no flower..no chipsmunk 4 you..:(..cuma iringi doa dan ucapan tahniah..tahniah..tahniah..tahniah..dan tahniah..:)

setibanya dibumi sintok














  
try and error







     
wekkkkkkk!!!! 





big day boy!!!miahahahaha.....tahniah diorrr


pesanan ringkas SMS:
konvo saya nanti..anda wajib!!!!!

oke..ngatuk sudahhh..krooohhhh..

Monday, February 14, 2011

aku cinta sunnahmu...YA MUHAMMAD

aku rindu..walau tak pernah kita bertemu..
aku damba cinta agung sucimu..
aku tagihkan segunung kasih sucimu..
walau aku tak layak menjadi kekasih seperti kekasih2mu...
namun syafaat darimu aku perlu...

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

 
 





Thursday, February 10, 2011

bila inginkan yang terbaik~

teringat kata-kata rumet aku dulu..sabar dulu..bila nak kan yang terbaik kena merentasi banyak perkara yang kita rasa tak baik..jangan benci dulu..sebab yang benci itulah makin lama makin dekat..kadang-kadang kita tak sedar semua itu sebenar bagi kita masa untuk merungkainya..

bila bercakap dengan iman..semua itu seperti hipokrit..kononnya mampu melawan segalanya..mampu mengawal segalanya..mampu melihat tanpa sebarang reaksi..tapi bila bercakap dengan emosi..dimana profesionalismenya???

itulah dinamakan kita hanya manusia biasa..mampu menganalisa tetapi untuk merealisasikan sangat sukar kerana apa yang diimiginasi takkan pernah sama dengan apa yang telah menjadi realiti..biarlah disana berkata yang tak sudah-sudah tentang buruknya apa yang sedia buruk..tetapi yang akan menilainya lagi Maha hebat..

manusia mampu berubah mengikut keadaan..andainya terpaksa..




Friday, February 4, 2011

sekeping hati dibawa berlari....

Assalamualaikum.........
saya : Nah, ambil la benda ni.
awak: Apa ni?
saya: Ini adalah hati. Hati sy.
awak : Hati awk? Hmm.. kenapa awk sudi kasi kat sy?
saya : Sebab awk dah jadik sebahagian dari sy.
lebih dari seorang kwn

awak : Terima kasih... . ianya bererti. sy terlalu
menghargainya.
saya : Oh ye ke... tapi maaf.
awak : Untuk apa?
saya: Sebab, hati sy tak mampu nak jg hati awk sebaik mungkin..awk terluka krn sy..awk kecewa krn sy..awk terguris krn sy...dan sy hrp sebagian hati ni mmam dijag oleh awk sebaik mungkin...sebab tiada lg hati sy utk sesiapa kecuali awk..hanya awk..dan segalanya utk awk..
awak: Maksud awk?
saya: sy takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

awak: Mistik? Kelakar bunyinya...
saya: Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup awk.
Rentak perasaan awk yang sy bagi.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan awk adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri sy terlalu percayakan awk..

awak:sy insan terpilih?
saya: Ya, awk yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh sy.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk sy memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati sy hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun sy hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika awk nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang awk tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah ........

 byheart from mybelove "kelip2 senja" to mybelove one~

Monday, January 31, 2011

macam ade yg tak kena..ah malas fikir!!!

uitttt..macam dah lama tak membelek diari elektronik ni..diari manual dah lama tersemat dalam alamari bilik.. kesian dia sepi..hahaha..huh!!nak share ape ni???nak share about whole week ni boleh tak???tapi sad story sikit..yihaaaa..

huhuhuhu..
sangat mendukacitakan adalah minggu ni..entahlah stress keje kot..sampai terbawa2 dalam "suatu kisah"..tak tau la Tuhan nak tunjuk atau aku yang tergatal nak klik..yela dah terpampang kat skrin..gunakan kesempatan dalam kesempitan..tiba2..hoh???????..seyes terkejut..makkkkkkk..hukhukhuk..mak kat dapur.."kamu kenapa?"
senyapppp...betul ke apa yang aku nampak.,lihat,tengok dan pandang ni???..atau aku sedang bermimpi di kesiangan hari..mungkin bagi mereka2 diluar sana..ala no hal la..benda kecik je..apa ada hal..tak jejas kan apa pun...tapi aku???aku bukan mereka..aku tak reti nak jadi macam mereka2 itu...

dahla tak larat r..ngantukkkkkkkkkk..to be continue..:"(




Sunday, January 23, 2011

cikgu athikah....

24/1/2011 @ 2:58
meja utama

~baru balik daripada berbakti untuk bangsa..even title aku hanya "guru sandaran"..namun sedikit sebanyak banyak memberi aku peluang dan pengalaman dalam mengenal erti hidup sebagai guru..memang itu cita2ku dulu.. sekarang aku hanya mampu mencapainya dengan hanya sebagai "guru sandaran"..

~perhimpunan pagi..
hari ini baru aku diperkenalkan kepada anak2 didikku dan juga staf2 guru yang lain..bangunnya aku untuk perkenalkan diri..saat itu tersa diawang2ngan,seolah2 aku lah "guru" yang sebenar..

~tahun 5K
Assalammualaikum cikgu...
huh..layak ke???terasa macam nak jatuh terduduk atas kerusi..walaupun telah 2 kali aku memegang status "guru sandaran"..namun debaran kali ini sangat dahsyat..saat perkenalkan diri.."nama saya noor athikah bt abu kassim..saya cikgu baru disini..dan saya akan pegang kelas kamu sementara cikgu Rosini cuti".."cikgu nak panggil cikgu apa???".."panggil saja saya kak atie.."hoho..semua gelak.."boleh ke cikgu?".."haha..panggil jela cikgu athikah"..{malu2}..

~hari ni keadaan clas 3K dalam keadaan tak terkawal..maklum baru hari ni aku masuk clas tu..Tuhan je yang tau masa tu..bisingnya..aku rasa macam nak baling sorang2 dari atas ke bawah..nasib baik badan besar2 dari aku..masa sesi soal jawan taknak pulak bercakap..time aku bercakap tu la dorang nak bercakap..sudahnya aku yang diam dorang yang "meraban tebeng"..word baru dari cikgu aliff..rakan seangkatan..dia pun cikgu sandaran,,baru balik dari Australia..Engineering tu..best tengok dia,,tak pening nak pikir psl Bahasa Inggeris sebab die mmg terer gile BI..pasni ni die lak nak blah sbb dapat keje under petronas..bye aliff..even baru kenal tapi die sempoii gile..ngeeee

~settle bab aliff..hari sesi pembelajaran buadak kelas 3k ditangguhkan sebab aku saja nak wat sesi perkenalan..settle berkenal dengan dorg..aku bukak soalan pada dorang nak tanya apa dekat aku..excited gile masa tu ingatkan dorang nak tanya soalan aku dulu belajar kat mana..best tak belajar..sebab aku ingat lagi masa zaman aku dulu..soalan 1st yang aku pernah tanya cikgu baru.."cikgu dulu belajar kat mana?"..tapi lain betol zaman sekarang..aku rasa cat merah dah tersimbah kat muka aku time tu.."cikgu nape cikgu cantik???"..weeeekkkkkkkkkkkkkk..betoi aku tak tipu..bukan nak bangga..tapi sekurang2nya ada gak orang nak kata aku cantik..ngeeee...eh budak2 tak pandai menipu..ngehngeh..ah juz ignored it..aku tak harap pun sume tu..juz berkongsi..hehe

~cuma apa yaang aku dapat hari ini..mengenang balik zaman2 aku sekolah rendah dulu..alang best nya masa zaman sekolah..tak payah nak pikir pape..juz ikut aturan mak ayah..tak payah nak pikir tentang cinta..ngeee..tentang kerja..freelife betol time tu..

~dah la sampai sini..takde idea nak tulis panjang2..see u in court!!!!hahaha.. 




Friday, January 21, 2011

CEMBURU~

21/1/2010 @ 10.33
bersandar pada kerusi di meja utama (laling termenung dalam bilik...biarlah dia melayan emosinya)

~Dimana silapnya...aku yang silap...terlalu sukar menepis perasaan itu..susah mengawal emosi sendiri..
  sehingga menyebab ada hati yang mungkin akan mula membenci..jangan benci aku.."tolong ingatkan aku"..
  itulah lemahnya aku..terima lah aku siapa aku..bagaimana aku..emosi aku..perasaan aku..kerana aku tahu     
  terlalu banyak silapnya aku...

~silapnya aku kerana terlalu "cemburu"..silapnya aku kerana masih tersemat rasa "cemburu"..silapnya aku 
   kerana sering terjadinya amarah kerana masih dengan "cemburu"..aku tak mampu..aku telah cuba..aku 
   sering mengelak..tapi emosi mengawal aku untuk terus dengan "cemburu"..beri aku peluang..kalau masih 
  dihati itu..

~'aku tidak layak untuk cemburu'...itu yang pasti..aku bukan malaikat..bukan juga nabi..jauh sekali serikandi syurgawi..tapi aku selemah2nya manusia.."tolong ingatkan aku"..jangan benci aku..itulah lemahnya aku..

~jika menjauhkan diri..diam dari mu akan membuatkan "cemburu" itu pergi..aku rela merelakan..jika tidak lagi mempedulikan setiap secebis tentang dirimu membuatkan "cemburu" jauh dariku..aku redha..walaupun aku terpaksa mencuba sesuatu yang baru..kerana aku yakin mungkin itu membuatkan aku tidak akan dibenci...

~cuma satu maafkan ketidaksempurnaanku setelah sekian lama aku pamerkan untuk mu..

                                                                                                                                   by heart,
                                                                                                                            -lagenda yang unik-

Thursday, January 20, 2011

balasan..cuba utk yg terbaik~

21/1/201 @ 12.11 am (sok cekolah,dh bese tdo lmbt..so takleh tdo..br pas dgr suara die..tp..:(
atas katil ngn laling..laling pun sama bermuram durja..sabar laling..die sayang kita..die tegur kite je tu..




~sory..demi Tuhan..langsung takde niat pun nak ke arah tu..emmm..bukan nak dihargai..jauh sekali dibalas budi..cuma sekadar ingin berkongsi..bak kata pepatah "yang banyak sama dilapah,yang sikit sama dicubit" eh betoi ke??lain macam jek..hoho..kenapa mesti ada perasangka cam tu???tak cukup ke 3 tahun nak melayari n memahami keikhlasan dihati ini???sy cuma nak gembirakan die..sbb sy mmg tak reti cmne nak bg die gembira..mby cara sy cmtu..sy akan cb sesuatu utk pastikan die suke..even sy tau die mmg takkan suke..:(


~emm..i had no idea to prosit my word..to be continue..nantukkkkkkk,,krooohhhh


*td tak sempat nak wish nite kat die..sbb sy betul2 terasa hati ngn die..nape die leh ckp cmtu..so sy pun end call..so nite je utk die..!!!!nite dear..hope sy leh lupakan hati sy yg tersa ni..ngehngeh..titooooo


#sy gunakan sume word sy dgn warna purple yang tak bp purple ni..sbgai protes hati..wink..wink..:)

Tuesday, January 18, 2011

my sayang besday~

11:50 pm
18/1/2011
atas katil sebelah laling


~hepy besday syg..
~hepy besday dear..
~hepy besday abg..
~hepy besday hubby..
~hepy besday cinta..


adoiii..nak mula camne ni???tak reti la nak wat surprise2 ni..dulu2 try gak wat mesti tak jadi..mesti die tau dlu..adehhhh...emmm..20 ni besday die..pape pun tak prepare..hadiah dh beli..hope die suka...sian die thn ni cm tak meriah jek celebrate besday..maklumla..dgn keadaan aku skrg yg terumbang ambing..susah nak bg die hepy..klu leh nak die hepy slalu bl ngn aku..even aku slalu rosak kan mood die..die slalu ckp.."hilang mood abg"..sumenya mesti sbb aku..sory sayanggg..ngeeee


balik pada mood beday..emmm..aku dh beli hadiah utk die..hope die suka..sejak akhir2 ni aku tgk die lbh prefer ngn jam tangan..tiap kali jmpe die..bnda yg aku tengok dulu mesti kat tgn die..kan jam baru lg..optimis tol die ngn jam..so aku ingat beday die kali ni..aku prefer beli jam tgn jela.."POLO"..even jam tak mahal n die sendiri mampu nak beli sendiri..tapi jam ni sangat bermakna utk die..maklumla sekarang ni kitorang susah dah nak "dating"..masing2 ade komitmen sendiri..komitmen sgt la aku kan..hohoho..


aku harap die paham ape maksud jam yang aku bg die tu..aku nak setiap saat die tahu aku selalu ade dengan die dan untuk die..ke mana pun die pergi even aku takde..aku harap aku selalu ade...cewahhhhh..aku harap 20hb ni aku dapat habis kan masa utk special day die..fully time 4 u sayangggg....


sebabkan die paling rakus bila makan kek coklat aku watkan kek coklat utk die sweet 25..buat dalam blog je..muahahaha


juz 4 u dear i make..only u...



                           much2 love,
                         honey
                                      

Saturday, January 15, 2011

muhasabah diri~

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

tentang semangat~

" tak tau kenapa lagu semangat ni yg menjadi pilihan...teruja sangat bila 1st time dengar lagu ni..credit pada yg dedicate lagu ni dlu..dan sampai sekarang..i like it!!!..yihaaaa sebab tu tone font lagu ni warna merah..merah kan berani..so berani semangat..cewahhhhhh..."
Tak pernah sesaat daku meragui Apa yang telah daku temui selama ini Tak pernah sesaat daku menyesali Apa yang telah aku nikmati Apa ku alami Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah Harapanku hancur sayapku patah Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita Ke serata dunia yang gelap gelita Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai Apa yang telah aku kecapi setakat ini Tiba saatnya kan ku tangisi Pada yang pergi takkan kembali Kembali lagi Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah Harapanku hancur sayapku patah Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita Ke serata dunia yang gelap gelita Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur Selagi tubuhku belum ditimpa uzur Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah Harapanku hancur sayapku patah Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia Seperti cahaya

~lagenda yg unik~

tipu..tertipu..ditipu..menipu..TIPAH TERTIPU~

TIPUUUU

~kenapa masih ada lagi penipuan jika kejujuran sering disuarakan..
  kenapa masih ada lagi penipuan jika kepercayaan sering diungkapkan..

  begitulah lumrah hidup..demi menjaga hati..penipuan sanggup di ketengahkan..
  apalah salahnya kalau terus terang sahaja walaupun sangat pahit untuk ditelan..tapi kesannya tak lama.. 
  berbaloi kah menipu jika sitertipu merasakan sepanjang hayatnya...

~bila disuarakan tentang tipu..sebaliknya diri yang terkesima..tidak mempercayai..
  bagaimana untuk percaya jika ia sering terjadi..

~duhai hati..tabahlah..kentallah..tabahlah..redhalah..
  terima lah hati..bahagia la hati..walau sering dibohongiii..




~lagenda yg unik~



Friday, January 14, 2011

3 years ago~

tok..tok..tok..


~maaf,sj nak berkongsi ttg 3 years ago..too meaningfull..opsttt..bermakna ke???yup sgt2 bermakna buat aku..
 sebab aku syg dieeeeeeeee..hukhukhuk


~back to 3 years ago..aku telah dingoratttt..fuyoooo..tp tlgla cy..seyes..elehhh..bkn skali tu jek,dh byk kali aku jek mls layan..(konon2nya)..tp nape "ngoratan" die yg aku balas??nape tak lain2 sblm ni..iyarkkkk..(dh jodoh kot..uikk tak kawen lg la!!!)..nasib baik kwn die kejar aku.."cik2 kwn sy nak knl ngn cik..(lbh kurangla ayatnye..mana nak ingat,maklumla 3 years ago..ngehngeh)..blushing jap..:"mane???"..>.<.."tu yg pakai spek tu..nama die Rahmat.."..in my deeper.."hahahahahahahahaha..rahmat mega ke rahmat ekamatra..klasiknya nm mamat ni..tp notbad la.."..senyummmm..."cik ade no fon tak???"..in my deeper.."nak bg ke tak ek???emmm taknak la!!!!.."sy tak pakai fon..no fon public ade..."..jap2 tu kat tangan tu ape???"...cant imaging..at that time..im lying..hoho..tipu sunatlah!!!..."emm camni2..bg no fon die lah nanti sy misscal.."..


memendekkan ttg 3 years ago..


untuk julung2 kalinya..in my deeper..'YaAllah klu betul2 ni jodoh aku..Kau temukan lah aku semula dgn makhluk Mu itu'....alamakkkkkk...betoi ke Tuhan dengar doa aku???tak cy2..tp itulah terjadi..aku jumpa blk ngn laling aku(diwaktu dan ketika ini)..kitorang bertemu semula di perhentian bas yg ketika itu aku si gadis ini ingin pulang ke kampung cuti sem..dia pulak nak antar kawan die..so kat situ lah bermulanya "kisah kita" 3 years ago...tak sangka kan????hakhakhak


oke skipkan lagi ttg 3 years ago..


sebulan jugak lah kitorg kenal..tak silap aku ms tu pukul 9 lebih2 la..pas dinner dengan die kat cafe..bawah pokok besar belakang kolej kediaman aku..(tradewins tetap dihati).."awak kalau saya nak mintak kapel ngn awak..awak nak tak???"..in my deeper..'gile ke mamat ni??baru knl kot..eleh sj la tu nak tgk aku ni cepat sangat ke takkan..ingat aku tak tau ke ha???'.."kelakar la awak ni..pandai buat lawak kan??"..hahaha..aku je gelak time tu dia mana ade gelak pun..suka cam tu..sampai sekarang..."pe yang lawaknya???saya seyes ni..takde lawak2.."..ulppp..mamat ni kang..aku perasan ni kang jatuh gak aku kat tangga ni..adoiiii..."emm camnilah bagi saya masa 3 hari boleh???".."uik lamanya..sehari dahla..bukan suruh buat ape pun..nak ke taknak je.."..eh mamat ni..ni soal hati utk ke akhir garisan tau!!!..."oke janji lepas 3 hari saya akan gtau keputusannya...wink..wink..wink..


short story about 3 years ago~


at that time..3/3/2008 @ 1.47a.m...tiba2 bunyi dering lagu i fall in luv.kat hset aku..terkejut aku..sedap2 mimpi..kat skrin nama..(rahmat kachi)skema gila...hoh!!lagi la terkezuttt..cover suara.."heloo..ye..".."awak janji 3 hari..ni dah 5 hari takde jawapan pun,nak ckp nak..taknak cakap taknak..senang..saya taknak paksa2.."..in my deeper...'alamak pehal mamat ni tetiba jek angin..aku tunggu die call..die yg tak call..takkan la aku nak cal gtau kat die aku nak..hey men!!fikir la beb..u laki so u first oke.."la..saya tunggu jugak awak call,saya ingat awak taknak..huhu.."dah2 so camne nak ke tak????"..blushing betoi..cam ade cat merah tersimbah kat muka aku that time.."emm betoi ke awak ni??saya taknak kecewa..saya taknak menangis...".. "nak ke taknak"???...mamat ni..tak romantik langsung.."emmm..awak ni.."masa tu cam tak confident je ngan cara die...:(.."cik atiqah sudi tak awak jadi suri di hati sy???"...hoh..cam cair jek aku ni..."hahhhaha".."nape awak gelak???"..."hehehe..oke".."ape yg oke???''.."la oke lah sy oke".."sy tanya nak ke tak???,bukan oke..".. "yela sy oke".."nak ke tak??"..."hish mamat neh..ye sy nak"..hoho..hehe..huhu..cam ade ulat bulu lak..gatal aku pg2 tu..."ha camtula..so mula pd malam ni awak hak saya..apa2 pun mesti saya dlu oke.."..'mamat ni belum appe dah camtu..'..."yela..saya yg menurut perintah.."..


ending 3 years ago~


dan sehingga kini "kisah kita" terus melayarkan sinopsisnya...yup..memang sebelum "dia" ada makhluk2 bernama lelaki cuba meluahkan perasaan..tetapi hati aku belum ada kunci yg dapat dibukakan oleh setiap makhluk tersebut..bukan aku tak hargai..tp sume ni bermain dgn hati..aku tak nak mengecewakan sbb kecewa itu sangat sakit..pedih..dan perit...sehinggalah hadir "dia"..
dan 3 years ago..beberapa bulan lagi cukup 4 tahun..masam2..manis2..pahit2..sume dah dilalui..


walaupun aku tak sesempurna nilaianya..tp die cukup membuatkan aku menjadi sempurna..~

Kubahagia

Thursday, January 13, 2011

mana ade majuk ponnn!!!!!!!!!

........org kata tak majok takla...mana ade..tak pon...tak..seyes tak...


hukhukhukhukhuk.....
asyik2 kwn2 jek..br cal 5 minit.."honey2 jap g abg cal ek...."
................oke..
huh!!!!
ala sj2 je mana ade majok pun...ye sy takkan majok lg sbb awk..sbb sy dah letih nak majok
majok tak menjanji kan ape2..bukan sy dpt makan pun klu sy majok..
bkn sy dpt jumpa awk pun klu sy majokkk..
bkn sy dpt manja2 ngn awk pun klu sy majokkkkkk..

yg sy dpt...sy tggu awk smpi ke pg..sbb awk jnji nak cal blkkkk..sedihnya sy..
sob..sob..tp tu tak bermakna sy majokkk..sy oke jek..tgk ni sy senyummmmmmmmm..:)))
cam lagu ni.."tak perlu kata apa2 senyummmmmm..

k la..sy cuma nak gtau sy tak majokkk oke!!!!..:((((

selayaknya~

layakkah aku???

siapa aku nak melarang..
siapa aku nak mengubah..
siapa aku nak menahan..
siapa aku nak memaksa..
dan siapa pula aku untuk merindu~

layakkah aku utk menegur??
layakkah aku utk mengatur??
layakkah aku utk bertutur??
dan layakkah pula aku utk menjemput??

susahnya hati menerima..
susahnya hati utk terbuka..
susahnya hati utk menelan..
susahnya hati utk memberi..
dan kerana susah itu aku memilih utk bersama selamanya..

aku bukan sprt itu dulu..
krn aku memilih..aku cuba utk memberi..
aku bukan sprt ini dulu..
krn aku menerima..aku cuba utk merungkai sepenuh jiwa..

aku takkan bersuara ttg kekurangan..krn aku sndri penuh dgn segala yg kurang..
aku takkan bersuara ttg kegagalan..krn aku sndri menghadapi kegagalan..
aku takkan bersuara ttg kecilnya hatiku..ttg terasanya aku..krn aku sndri sering menyinggungkan..

yang aku inginkan....
takkan mudah akan aku suarakan..krn aku sedar dimana selayaknya aku pd waktu itu..


sepi~

....Ku sendiri
Dalam diam hatiku
Ku menangis
Dalam sunyi jiwaku

Sepi sepi
Sunyi sunyi

Ku bermimpi dalam nyata hidupku
Aku diam tanpa kata-kata hatiku
Sepi hidupku
Sunyi mimpiku

Kau kau engkau dalam aku
Engkau engkau tiada di sisi
Biarkan aku sendiri

Sendiri sendiri
Sepi sepi...


Wednesday, January 12, 2011

thank you..hanya bermula..baru..

.....seketika terfikir utk aku melupakan sejenak masa2 yg seakan terbuang dgn hanya melakukan dan memikirkan perkara yg tak sepatut terlintas difikaran..semangattt..tiba2 semangat itu datang..."apakata ko create jek blog cam aku..drpd ko pikir entah pape..baik ko wat blog..nanti aku jd 1st followers ko.."..aku hanya baru.. tak tau..entah..taknaklah..tak reti...

......buang seketika sume tu.."ko tulis jek pe ko nak tulis..ctu nanti ko nak luah ape pun oke..takde la ko sakit ht bl ko luah takde sape nak amek tau..sbb ko luah dlm blog..klu takde sape amek tau pun tak rugi pape..name pun blog..hehe"...btl gak ek..oke aku cb..yihaaaaaaaa


.....maka bermula la disini...~tolong kami..bantu kami..kami baru belajar berblogggg...hahahahaha