Friday, February 4, 2011

sekeping hati dibawa berlari....

Assalamualaikum.........
saya : Nah, ambil la benda ni.
awak: Apa ni?
saya: Ini adalah hati. Hati sy.
awak : Hati awk? Hmm.. kenapa awk sudi kasi kat sy?
saya : Sebab awk dah jadik sebahagian dari sy.
lebih dari seorang kwn

awak : Terima kasih... . ianya bererti. sy terlalu
menghargainya.
saya : Oh ye ke... tapi maaf.
awak : Untuk apa?
saya: Sebab, hati sy tak mampu nak jg hati awk sebaik mungkin..awk terluka krn sy..awk kecewa krn sy..awk terguris krn sy...dan sy hrp sebagian hati ni mmam dijag oleh awk sebaik mungkin...sebab tiada lg hati sy utk sesiapa kecuali awk..hanya awk..dan segalanya utk awk..
awak: Maksud awk?
saya: sy takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

awak: Mistik? Kelakar bunyinya...
saya: Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup awk.
Rentak perasaan awk yang sy bagi.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan awk adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri sy terlalu percayakan awk..

awak:sy insan terpilih?
saya: Ya, awk yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh sy.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk sy memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati sy hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun sy hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika awk nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang awk tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah ........

 byheart from mybelove "kelip2 senja" to mybelove one~

2 comments:

  1. kau y teristimewa..bg pada y tersayang kew.ngeh9~

    ReplyDelete
  2. hukhukhuk...rs nak bg..tp penerimaan yg tak sudi..ngehngeh

    ReplyDelete