Sunday, February 27, 2011

SAYA CUMA...

laling kena jangkitan selesema..
oyen hilang entah ke mana berdesuppnya..(syaura main kot)

saya cuma...

awak sudah berubah..tidak seperti dahulu lagi..dimana hilangnya awak yang saya pernah kenali dahulu???
atau mungkin kerana saya sendiri yang berfikiran kolot..sehingga tidak boleh melihat awak dengan "orang2" lain..terutama sekaum dengan saya...mungkin awak sangka saya tidak dewasa menilai cara pergaulan awak.. mungkin awak sangka saya tidak "open" dalam menerima corak atau gaya komunikasi yang awak lemparkan awak..tidak..bukan itu yang saya maksudkan dalam setiap ungkapan persaan saya...saya cuma..

maafkan saya..
saya tak mampu menipu diri sendiri..tidak mampu menjadi sebaik-baik perempuan yang mampu menghadapi perasaan tanpa sekelumit rasa..saya pernah cuba tapi..segalanya menghadapi kegagalan..bukan menafikan hak awak sebagai khalifah di muka bumi dan hak-hak lain yang sudah tentunya milik awak..tapi saya cuma..

ingatkan saya jika saya terlalu keterlaluan..
mungkin belum tiba masanya saya untuk menahan keinginan serta kehendak naluri hati awak..ingat kan saya tentang itu..kadang-kadang saya hampir lupa serta ketandusan ingatan bahawa..tiada sebesar zarah pun hak saya untuk mengubah awak menjadi apa yang saya inginkan..saya cuma..

dahulu..
apa yang saya tahu tentang awak..tiada lagi kini..
apa yang ada pada awak..tiada lagi kini..
apa yang menjadi wajib bagi awak..tiada lagi kini..
apa yang awak nak..tiada lagi kini..
apa yang tidak suka bg awak..tiada lagi kini..
yang ada cuma...

kini..
awak punya sesuatu..saya tiada lagi..
awak berubah mengikut paksi sendiri..saya mengerti..
awak memandang sendiri..saya tetap memahami..
awak membelakangi..saya masih disini..
yang masih kekal cuma...

maafkan saya..
bukan niat untuk membawa awak kepada dahulu yang pernah kita sama2 rasai..
bukan niat saya untuk membawa awak kepada memori jatuh bangunnya kita menghadapi hari demi hari yang pernah kita lalui..
bukan niat saya untuk awak rasa saya hanya pentingkan diri..kerana tidak sedar bahawa awak punya haluan sendiri..
tapi saya cuma..

saya cuma..
saya cuma..
saya cuma..

selamat melewati "kisah kita" yang ke 4...3/3/2011
terima kasih kerana sudi menerima segala yang tiada sempurnanya pada diri saya..
terima kasih kerana masih memberi ruang..walau awak tahu saya punya 1001 kekurangan yang awak sendiri tidak pernah merelakan..
terima kasih..walau kita belum disatukan dengan ikatan seperti disyariatkan dalam islam..walau saya ingin awak yang menjadi pendamping hidup dunia dan akhirat saya..tetapi saya masih mengharap agar terima lah segala kekurangan,ketiadaan serta ketandusan diri saya dalam mengejar impian saya dahulu.."saya hanya akan rindu bakal suami saya..saya akan sayang lelaki yang bakal menjadikan saya tulang rusuknya..dan saya akan bercinta dengan bakal suami yang mencintai saya kerana Allah"...


kisahnya kita



                                                                                                                 
                                                                                            by heart,

                                                                                  ~ lagenda yang unik~

No comments:

Post a Comment