Sunday, February 27, 2011

SAYA CUMA...

laling kena jangkitan selesema..
oyen hilang entah ke mana berdesuppnya..(syaura main kot)

saya cuma...

awak sudah berubah..tidak seperti dahulu lagi..dimana hilangnya awak yang saya pernah kenali dahulu???
atau mungkin kerana saya sendiri yang berfikiran kolot..sehingga tidak boleh melihat awak dengan "orang2" lain..terutama sekaum dengan saya...mungkin awak sangka saya tidak dewasa menilai cara pergaulan awak.. mungkin awak sangka saya tidak "open" dalam menerima corak atau gaya komunikasi yang awak lemparkan awak..tidak..bukan itu yang saya maksudkan dalam setiap ungkapan persaan saya...saya cuma..

maafkan saya..
saya tak mampu menipu diri sendiri..tidak mampu menjadi sebaik-baik perempuan yang mampu menghadapi perasaan tanpa sekelumit rasa..saya pernah cuba tapi..segalanya menghadapi kegagalan..bukan menafikan hak awak sebagai khalifah di muka bumi dan hak-hak lain yang sudah tentunya milik awak..tapi saya cuma..

ingatkan saya jika saya terlalu keterlaluan..
mungkin belum tiba masanya saya untuk menahan keinginan serta kehendak naluri hati awak..ingat kan saya tentang itu..kadang-kadang saya hampir lupa serta ketandusan ingatan bahawa..tiada sebesar zarah pun hak saya untuk mengubah awak menjadi apa yang saya inginkan..saya cuma..

dahulu..
apa yang saya tahu tentang awak..tiada lagi kini..
apa yang ada pada awak..tiada lagi kini..
apa yang menjadi wajib bagi awak..tiada lagi kini..
apa yang awak nak..tiada lagi kini..
apa yang tidak suka bg awak..tiada lagi kini..
yang ada cuma...

kini..
awak punya sesuatu..saya tiada lagi..
awak berubah mengikut paksi sendiri..saya mengerti..
awak memandang sendiri..saya tetap memahami..
awak membelakangi..saya masih disini..
yang masih kekal cuma...

maafkan saya..
bukan niat untuk membawa awak kepada dahulu yang pernah kita sama2 rasai..
bukan niat saya untuk membawa awak kepada memori jatuh bangunnya kita menghadapi hari demi hari yang pernah kita lalui..
bukan niat saya untuk awak rasa saya hanya pentingkan diri..kerana tidak sedar bahawa awak punya haluan sendiri..
tapi saya cuma..

saya cuma..
saya cuma..
saya cuma..

selamat melewati "kisah kita" yang ke 4...3/3/2011
terima kasih kerana sudi menerima segala yang tiada sempurnanya pada diri saya..
terima kasih kerana masih memberi ruang..walau awak tahu saya punya 1001 kekurangan yang awak sendiri tidak pernah merelakan..
terima kasih..walau kita belum disatukan dengan ikatan seperti disyariatkan dalam islam..walau saya ingin awak yang menjadi pendamping hidup dunia dan akhirat saya..tetapi saya masih mengharap agar terima lah segala kekurangan,ketiadaan serta ketandusan diri saya dalam mengejar impian saya dahulu.."saya hanya akan rindu bakal suami saya..saya akan sayang lelaki yang bakal menjadikan saya tulang rusuknya..dan saya akan bercinta dengan bakal suami yang mencintai saya kerana Allah"...


kisahnya kita



                                                                                                                 
                                                                                            by heart,

                                                                                  ~ lagenda yang unik~

Tuesday, February 22, 2011

hepy big day!!!!yeayyyyyy

18/2/2010@12.48am
bulat oyen menemani..mana perginya laling??haha bawah katil..merajuk kot..biarkan dia berdikari!!

yihaaaaaaaaaaaa..finallyyyyyyy you got dear..you got..macam nak rasa bangga lak..leh tak???miahahahahaha
menumpang sekaki bangga..penantian 1 penyeksaan..akhirnya beliau berjaya gak menyarungkan jubah yang yang sangat bermakna disamping mak dan ayah beliau yang tercinta..tapi macam sedih la,ingat dapat konvo secara berduet..takde rezeki..mungkin Tuhan tak temukan kita di DEWAN MAS..tp mungkin Tuhan nak temukan kita di satu dewan yang lagi best dari DEWAN MAS tu..hehehehe..sory no sweet..no flower..no chipsmunk 4 you..:(..cuma iringi doa dan ucapan tahniah..tahniah..tahniah..tahniah..dan tahniah..:)

setibanya dibumi sintok














  
try and error







     
wekkkkkkk!!!! 





big day boy!!!miahahahaha.....tahniah diorrr


pesanan ringkas SMS:
konvo saya nanti..anda wajib!!!!!

oke..ngatuk sudahhh..krooohhhh..

Monday, February 14, 2011

aku cinta sunnahmu...YA MUHAMMAD

aku rindu..walau tak pernah kita bertemu..
aku damba cinta agung sucimu..
aku tagihkan segunung kasih sucimu..
walau aku tak layak menjadi kekasih seperti kekasih2mu...
namun syafaat darimu aku perlu...

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

 
 





Thursday, February 10, 2011

bila inginkan yang terbaik~

teringat kata-kata rumet aku dulu..sabar dulu..bila nak kan yang terbaik kena merentasi banyak perkara yang kita rasa tak baik..jangan benci dulu..sebab yang benci itulah makin lama makin dekat..kadang-kadang kita tak sedar semua itu sebenar bagi kita masa untuk merungkainya..

bila bercakap dengan iman..semua itu seperti hipokrit..kononnya mampu melawan segalanya..mampu mengawal segalanya..mampu melihat tanpa sebarang reaksi..tapi bila bercakap dengan emosi..dimana profesionalismenya???

itulah dinamakan kita hanya manusia biasa..mampu menganalisa tetapi untuk merealisasikan sangat sukar kerana apa yang diimiginasi takkan pernah sama dengan apa yang telah menjadi realiti..biarlah disana berkata yang tak sudah-sudah tentang buruknya apa yang sedia buruk..tetapi yang akan menilainya lagi Maha hebat..

manusia mampu berubah mengikut keadaan..andainya terpaksa..




Friday, February 4, 2011

sekeping hati dibawa berlari....

Assalamualaikum.........
saya : Nah, ambil la benda ni.
awak: Apa ni?
saya: Ini adalah hati. Hati sy.
awak : Hati awk? Hmm.. kenapa awk sudi kasi kat sy?
saya : Sebab awk dah jadik sebahagian dari sy.
lebih dari seorang kwn

awak : Terima kasih... . ianya bererti. sy terlalu
menghargainya.
saya : Oh ye ke... tapi maaf.
awak : Untuk apa?
saya: Sebab, hati sy tak mampu nak jg hati awk sebaik mungkin..awk terluka krn sy..awk kecewa krn sy..awk terguris krn sy...dan sy hrp sebagian hati ni mmam dijag oleh awk sebaik mungkin...sebab tiada lg hati sy utk sesiapa kecuali awk..hanya awk..dan segalanya utk awk..
awak: Maksud awk?
saya: sy takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

awak: Mistik? Kelakar bunyinya...
saya: Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup awk.
Rentak perasaan awk yang sy bagi.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan awk adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri sy terlalu percayakan awk..

awak:sy insan terpilih?
saya: Ya, awk yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh sy.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk sy memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati sy hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun sy hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika awk nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang awk tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah ........

 byheart from mybelove "kelip2 senja" to mybelove one~